Majlis Perundingan Jambatan Antara NGO Dan Kerajaan Negeri

By kirthiga

Majlis Perundingan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diluluskan pendaftarannya baru-baru ini akan memainkan peranan untuk menjadi jambatan antara NGO yang ada di negeri itu dengan kepimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi Biro Pendidikan, Pengundi Luar dan NGO UMNO Terengganu, Dato’ Rosli Mat Hassan berkata, Majlis Perundingan NGO itu akan memainkan peranan bagi membantu NGO negeri itu mendapatkan kemudahan untuk mereka bergerak.

“Sehingga ini terdapat sebanyak 783 NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di Terengganu yang dipecahkan kepada 12 kumpulan.

“Secara khususnya ada yang berorientasikan kebajikan, pendidikan, rekreasi dan sebagianya dan kita sedang membuat analisis mengenai NGO-NGO ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Rereat Puteri UMNO Bahagian Dungun di Hotel Primula, Kuala Terengganu yang dirasmikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, YB. Roslee Daud.

Menurutnya, tumpuan diberikan untuk merapatkan hubungan NGO-NGO ini bagi memudahkan mereka membuat permohonan bantuan daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata, selain NGO berkenaan yang bergerak secara bersendirian, terdapat juga NGO yang bernaung di bawah jabatan kerajaan dan kementerian seperti Persatuan Ibu Tunggal, Majlis Pembangunan Wanita dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram