Malaysia Alami Fenomena Ekuinoks 29 Mac , 15 September

By kirthiga

Fenomena ekuinoks yang dijadual berlaku di Malaysia pada 29 Mac dan 15 Sept in tidak membawa kepada perubahan suhu yang mendadak di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail.

“Mungkin ada peningkatan suhu sebanyak satu atau dua darjah celsius pada hari berlakunya ekuinoks, namun ini masih normal dan tidak memberi kesan besar secara keseluruhannya,” katanya.

Fenomena ekuinoks dijangka berlaku pada 1.20 tengah hari (29 Mac) dan 1.10 tengah hari (15 Sept) apabila matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengah hari.

“Ekuinoks tak beri kesan yang besar terhadap suhu ketika fenomena kerana perubahan suhu banyak dipengaruhi oleh pergerakan angin, hujan dan beberapa faktor lain, katanya.

Sementara sebanyak 28 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, manakala 24 kawasan merekodkan bacaan baik sehingga tengah hari Sabtu.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 1 tengah hari ini, antara kawasan catat IPU sederhana ialah Muar dengan bacaan 58; Alor Setar (63); Langkawi (66); Bandaraya Melaka (53); Port Dickson (87); Perai (77); Miri (57); Pelabuhan Klang (60); Petaling Jaya (55); Shah Alam (70); dan Putrajaya (59).

Antara kawasan catat IPU baik pula ialah Kota Tinggi dengan bacaan 31, Larkin Lama (42), Jerantut (37) dan Kuala Terengganu (24).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram