MB Bawa Berita Baik Untuk Warga Kerteh 6

By kirthiga

Warga Kerteh 6 di Kemaman teruja apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan empat berita gembira kepada mereka.

Dalam Program Sarapan Pagi Warga Felda Bersama Menteri Besar Terengganu pagi tadi, Ahmad Razif telah meluluskan permintaan dari pihak warga kampung tersebut.

Antara perkara yang telah mendapat kelulusan dari Ahmad Razif tersebut merupakan menaik taraf padang bola sepak bagi kegunaan belia dan hak milik Dewan Orang Ramai Bandar Ketengah Jaya ditukar hak milik kepada pengurusan Kerteh 6.

Selain itu, Ahmad Razif turut meluluskan untuk mempercepatkan proses perata tanah bagi kerja-kerja pertapakan untuk lot rumah generasi kedua Rasau.

Dalam majlis yang sama, beliau turut bersetuju untuk meluluskan kerja-kerja pembinaan menara masjid di kawasan tersebut sebanyak RM50,000.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir. Rosli Othman, Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram