MB Terengganu Pilih Brazil Juara Piala Dunia

By Anita

Bahang Piala Dunia Brazil 2014 makin membara dan tumpuan pada temasya terhebat sukan bola sepak itu juga turut menarik perhatian Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

Mengakui pasukan Brazil adalah pasukan kegemarannya, beliau secara jujur memilih Brazil sebagai pasukan yang bakal menjulang piala paling berprestij itu.

Bagi beliau, sebagai tuan rumah, Brazil mempunyai kelebihan yang istimewa apabila bermain di tempat sendiri.

“Apabila Brazil bermain di tempat sendiri, kelebihan yang ada pada mereka ialah penyokong mereka yang lebih ramai berbanding penyokong-penyokong pasukan lain.

“Sudah tentu apabila bermain di tanah air, semangat permainan itu berbeza kerana maruah mereka dan pastinya tidak mahu mengecewakan penyokong-penyokong mereka,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah Ahmad Razi, perlawanan akhir tanpa pasukan Brazil tidak akan memberi keseronokan kepada Piala Dunia 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram