MBKT Sasar 400 Penyertaan Jelajah Teasure Hunt 2016

By kirthiga

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mempelawa orang ramai menyertai Jelajah Teasure Hunt 2016 melibatkan kawasan jajahan sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sejauh 60 kilometer.

Program sempena sambutan Ulang Tahun Pengisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu Bandaraya Pesisir Air itu akan diadakan pada 20 Februari bermula di Taman Shahbandar dan berakhir di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu.

Pengarah Jabatan Korporat, Kemasyarakatan Dan Kualiti MBKT, Nur Kamilah Hamzah, berkata setiap penyertaan disyaratkan tidak melebihi empat individu bagi setiap kereta, termasuk pemandu dan penunjuk arah.

Katanya, bayaran yang dikenakan RM300 bagi setiap penyertaan dan perlu berbuat demikian sebelum program bermula pukul 7.30 pagi.

“MBKT menyasarkan seramai 400 individu membabitkan 100 kereta akan menyertai program pertama kali dianjurkan itu.

“Jalan yang dilalui akan beritahu pada sesi taklimat sebelum program bermula, selain dibekalkan beberapa soalan menguji minda,” katanya hari ini.

Borang penyertaan boleh didapati pada waktu pejabat di kaunter pusat setempat MBKT, Jalan Sultan Ismail dan kaunter penguatkuasaan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram