MH370: Pegang Kepada Maklumat Yang Disampaikan Kerajaan

By kirthiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom  menasihati rakyat negara ini berpegang kepada maklumat yang disampaikan oleh pihak kerajaan berhubung insiden membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

“Rakyat perlu mengiktiraf dan menghormati kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan mengenai insiden ini dan jangan terlalu mudah percaya kepada sebarang spekulasi yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden MH370 pada sidang media di Majlis Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2014 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Ketua Pesuruhjaya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Dato’ Mohd. Rozali Salleh.

“Islam tidak membenarkan sebarang penyebaran maklumat tidak tepat kerana memberi kesan negatif terhadap masyarakat dan dalam konteks MH370, rakyat perlu berkata hanya yang benar atau lebih baik diam sahaja jika tidak tahu apa-apa.

“Kita kena faham situasi dan perasaan kaum keluarga yang terlibat dengan tragedi ini kerana sebarang andaian yang tidak tepat sangat melukakan hati mereka,” katanya.

Tambah beliau, daripada mendengar dan mempercayai sebarang spekulasi daripada sumber yang tidak pasti lebih baik orang ramai mengadakan solat hajat serta berdoa supaya Allah s.w.t memberikan petunjuk yang baik bagi memudahkan pencarian pesawat MH370.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram