61,827 Murid Terengganu Kembali Ke Sekolah Hari Ini

Salim Ab Ghani (dua dari kanan) meninjau keadaan murid membeli makanan sewaktu rehat mengikut garis panduan.

KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Seramai 61,827 murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta Tingkatan 1 hingga 4 di seluruh negeri Terengganu kembali semula ke sekolah hari ini untuk meneruskan pembelajaran mereka setelah hampir empat bulan terhenti akibat COVID-19.Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Salim Ab Ghani berkata, jumlah tersebut membabitkan seramai 41,882 murid sekolah rendah dan 19,945 murid sekolah menengah dari semua kawasan.Melalui tinjauan yang dilakukannya pagi tadi, beliau berpuas hati melihat persiapan semua pihak termasuk sekolah, pelajar dan ibu bapa untuk pembukaan semula sekolah secara berperingkat tersebut."Alhamdulillah saya berpuas hati dengan kesiapsiagaan semua pihak terutamanya pihak sekolah dalam menerima kemasukan pelajar-pelajar kita hari ini selepas hampir empat bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)."Bagaimanapun, kita mengharapkan persiapan dan kawalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekolah-sekolah ini sentiasa dipatuhi dan dijalankan secara berterusan."Sehingga kini kita masih menanti kemasukan pelajar Tahun 1 hingga 4 yang berjumlah seramai 85,784 orang yang dijadualkan bermula 22 Julai ini selain sebahagian pelajar sekolah berasrama yang berkecuali daripada pilihan penangguhan."Justeru saya mengharapkan pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa sentiasa berwaspada tentang keselamatan masing-masing terutamanya melibatkan pelajar-pelajar," katanya pada satu sidang media selepas meninjau keadaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, di sini.Hadir sama, Guru Besar SK Seri Budiman, Salleh Mokhtar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Saadiah Abdul Rahman.Jelasnya, disebabkan ruang dan kapasiti setiap sekolah adalah berbeza, pengoperasian juga perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan sekolah."Selepas mengambil kira aspek penjarakan sosial, ada sekolah yang dapat menampung kehadiran murid seperti biasa dan ada juga yang sebaliknya. Di Terengganu, kita mempunyai dua sekolah di Dungun dan Kemaman yang mengikut Model Dua Sesi."Model kedua ini adalah untuk sekolah sedia ada yang beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial," katanya.Untuk rekod, seramai 195 murid Tahun 5 dan 173 murid Tahun 6 SK Seri Budiman memulakan pembelajaran mereka bermula hari ini.Terdahulu, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai bagi murid Tahun 1 hingga 4.Tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM."Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan," katanya dalam sidang media khas.

Read More
Pelaksanaan Penebusan Ganti Cuti Rehat Dikaji Semula

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kerajaan memutuskan untuk membuat kajian semula terhadap cadangan pelaksanaan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada wang tunai selama 75 hari bagi penjawat awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun sebagaimana diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana, mengikut formula berasaskan gaji semasa, perkara tersebut akan merugikan penjawat awam.

“Ini adalah kerana formula pengiraan penebusan awal GCR adalah berasaskan kepada gaji semasa penjawat awam. 

“Jumlah yang diterima menerusi penebusan awal semasa dalam perkhidmatan adalah jauh lebih rendah berbanding semasa bersara kerana gaji akhir,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Setiu (PN), Shaharizukirnain Abd Kadir berhubung perkara itu.

Sebagai contoh, Takiyuddin berkata, pegawai gred M54, sekiranya mereka menebus GCR ini apabila mereka bersara penuh, mereka akan mendapat sejumlah RM55,107.90.

“Tapi kalau mereka menebus di dalam masa perkhidmatan dengan mengambil 75 hari, mereka hanya akan mendapat RM15,355.05, kemudian semasa bersara mereka mendapat lagi RM27,553.95.

“Jumlah yang kedua-dua mereka dapat RM42,909 sahaja berbanding mereka ambil semasa bersara penuh,” jelasnya.

Jumlah pengumpulan GCR maksimum yang berkuat kuasa sekarang adalah sebanyak 150 hari.

Selain itu, katanya penebusan awal GCR adalah dikira sebagai pendapatan kasar penggajian dan boleh dikenakan cukai, yang akan mengurangkan lagi jumlah wang diterima penjawat awam berbanding jika dibayar apabila bersara kelak.

Read More
Terengganu Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Sepenuhnya

Oleh : Amiirullah MansorKUALA TERENGGANU, 14 Julai - Terengganu bersedia mulakan sesi persekolahan sepenuhnya bermula esok selepas hampir empat bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat penularan wabak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, sekolah di negeri ini mampu menampung pelajar berdasarkan SOP yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)."Alhamdulillah, kelas-kelas yang ada cukup untuk menampung pelajar dengan mematuhi SOP ditetapkan KPM."Kerjasama yang cukup baik juga ditunjukkan oleh semua peringkat dan beberapa taklimat telah disampaikan kepada pihak bawahan berkait sesi persekolahan ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu, hari ini.Tambahan lagi, pihak Kerajaan Terengganu amat menitikberatkan isu SOP ini bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu daripada sekolah."Setakat ini kita perhatikan SOP itu dapat dipatuhi oleh semua sekolah bermula dari masuk pintu pagar sekolah sehingga pulang ke rumah," ujarnya lagi.Salam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, sekolah, komuniti, guru-guru dan ibu bapa."Kita sedang dalam sesi persekolahan norma baharu ini, justeru sokongan semua pihak amat bermakna dan dapat memberi sokongan untuk kemudahan bersama."Didoakan juga sesi persekolahan berjalan dengan lancar di seluruh negara khususnya Negeri Terengganu," ujarnya.

Read More
KDNHEP Terengganu Rampas RM97,000 Barang Tiruan

Shaharuddin menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas.
KUALA TERENGGANU, 14 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas pelbagai barangan tiruan berjenama bernilai lebih RM97,000, semalam.Pengarah KPDNHEP Negeri Saharuddin Mohd Kia memaklumkan, dalam serbuan dikenali sebagai Operasi Barang Tiruan kira-kira 12.30 tengahari semalam, pihaknya berjaya menahan dua suspek lelaki berumur 30 an dan empat suspek wanita berumur 20 secara serentak di tiga premis di Kuala Terengganu dan Marang bagi membantu siasatan."Hasil risikan awal selama sebulan, kami mendapati dua premis menjalankan operasi perniagaan secara dalam talian sementara satu premis lagi menjalankan perniagaan di premis.
"Dalam serbuan tersebut, semua barangan berada dalam stor premis. Kesemua 821 unit kasut, 3,120 unit stokin, 46 unit tali pinggang, 6 unit dompet, 6 helai baju, 5 unit selipar dan 1 unit beg tangan wanita yang berjenama Nike, Adidas, Puma, Gucci, Louis Vuitton dan Levis telah disita."Setakat tiga operasi untuk tahun ini di bawah Akta Cap Dagang 2019, ini merupakan rampasan terbesar yang diperolehi," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Stor Eksibit Chendering, hari ini.Jelasnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagang 2019 dan jika sabit kesalahan, denda maksimum 10 ribu ringgit boleh dikenakan terhadap kesemua suspek bagi setiap barangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Read More
EPIC Cakna & Prihatin Bantu Keluarga Miskin Dalam Siri Demi Siri

To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman (dua dari kanan) dan Saabi Wahab (kiri) teruja melihat bakat seorang remaja OKU yang melukis menggunakan kakinya.

KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) dalam siri demi siri yang diteruskan untuk membantu keluarga miskin dan kurang berkemampuan di kawasan-kawasan tertumpu di Terengganu.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Saabi Wahab berkata, program EPIC Cakna & Prihatin 2020 merupakan program tahunan dan siri kali ini mendapat kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Sabasun Hyperuncit dan Syarikat Air Terengganu (SATU).
Saabi Wahab.

"Program ini merupakan aktiviti tahunan EPIC Berhad. Untuk tahun ini kita merancang empat siri, jadi akan ada tiga siri lagi sehingga Disember ini berdasarkan keperluan dan maklumat yang disalurkan."Yang terdekat dalam jangka masa dua bulan lagi, insya-Allah kita target sama ada di kawasan Hulu Terengganu atau Besut. Hari ini kita agihkan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM350 dan barangan keperluan kepada 20 keluarga miskin bandar di kawasan Kuala Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas program berkenaan di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu.
Tambah Saabi, Kumpulan EPIC Berhad memperuntukkan bajet untuk program CSR sebanyak kira-kira RM30,000 hingga RM40,000 bagi setiap siri dan kawasan demi membantu keluarga miskin dan kurang berkemampuan.Sementara itu, ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed sangat berterima kasih kepada EPIC atas usaha tersebut yang diserikan lagi dengan kehadiran isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.
"Alhamdulillah program pada hari ini begitu berjaya. 10 tempat telah dilawati sementara 10 lagi keluarga menerima bantuan di dewan ini. Bagi pihak DUN Bandar, kami sangat berterima kasih di atas penganjuran program ini yang sangat baik dan patut diteruskan.
"Walaupun kita berada dalam kawasan bandar, hakikatnya rakyat yang susah bilangannya masih besar. Bagaimanapun, program yang dibuat adalah menjurus kepada usaha menaik taraf kehidupan rakyat di sini di samping bantuan berterusan daripada kerajaan negeri."Kami amat bertuah EPIC dapat turun ke DUN Bandar hari ini bersama isteri Menteri Besar. Ianya sudah tentulah merupakan satu penghormatan buat kami," ujarnya.Turut hadir, isterinya, Norizah Ngah, ADUN Wanita, Zuraida Md Noor, Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said dan Pengurus Perancangan Strategik Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd, Abdul Basir Embong.

Read More
Ajal Ketika Mencandat Sotong

Mangsa dibawa ke HSNZ.
KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Seorang nelayan orang kelainan upaya (oku) di Pantai Batu Buruk di sini ditemui meninggal dunia di atas bot miliknya selepas dipercayai keluar mencandat sotong kelmarin.Mayat Ahmad Saufie Mohamed, 34 tahun, ditemui adiknya kira-kira jam 5.10 petang semalam sekitar jarak lima batu nautika dari kawasan darat.Rakan mangsa, Mohd Sahid Said berkata, sekitar pukul 6 petang pada Ahad, dia bersama mangsa serta seorang lagi rakan menaiki bot berasingan untuk mencandat sotong dan berlabuh berdekatan antara satu sama lain.“Kemudian sebelum bergerak untuk pulang, kami menghampiri bot Ahmad Saufie dan cuba mengejutkan mangsa yang kami sangka sedang tidur, namun tiada respon balas.“Semalam, dalam pukul 1 pagi, terjadi hujan lebat dan angin kencang. Lebih kurang pukul 4 pagi, lampu generator candat sotong mati. Kemudiannya, dalam 10 minit selepas itu, ia hidup balik.“Dua kali perkara itu berlaku dan kami pergi untuk kejutkan dia, tak bangun, kami pun tinggalkan dia kerana menyangka dia tidur seperti biasa macam sebelum-sebelum ini,” kata Mohd Sahid.Kata Mohd Sahid lagi, kebiasaannya selesai mencandat mereka akan berjumpa di pengkalan selepas waktu Subuh, namun sehingga petang semalam mangsa masih tidak pulang.Sementara itu, pagi semalam, adik mangsa yang turut keluar menangkap ikan sekitar jam 11 pagi mengesan bot abangnya sedang berlabuh namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka abangnya sedang tidur.Walau bagaimanapun, sekitar jam 5 petang, adik mangsa mendapat panggilan telefon daripada ahli keluarga memaklumkan Ahmad Saufie masih belum pulang, dia bergegas kembali ke bot milik abangnya dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.Kejadian tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Astro Awani.“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambah Abdul Rahim.

Read More
Pertukaran Speaker : Takiyuddin Jawab Telahan Pembangkang

Oleh : Muhammad A. RahmanKUALA LUMPUR,  13 Julai – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan menjawab semua tuduhan ahli parlimen pembangkang berkaitan usul pemilihan speaker dengan tersusun dan berfakta.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengemukakan tiga aspek penting iaitu usul tersebut adalah berdasarkan perlembagaan dan peraturan mesyuarat, mengikut lunas perundangan dan peraturan mesyuarat serta ia telah diterima oleh bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff sendiri.

“Saya ingin memaklumkan usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Parlimen.

“Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya.

“Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” jel;asnya ketika menggulung usul berkenaan.

Terdahulu, usul pengosongan jawatan Yang DiPertua Dewan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi hangat apabila pihak pembangkang membantah pertukaran tersebut.

Ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang dilihat berat sebelah dengan usul pengosongan jawatan Yang DiPertua Dewan Rakyat ke-9.

Keputusan undi belah bahagian namun berpihak kepada kerajaan apabila memperoleh 111 undi berbanding 109 dari pihak pembangkang

Read More
Usul Pertukaran Speaker Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

Foto ihsan - Bernama.
KUALA LUMPUR, 13 Julai - Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai hari ini bakal tertumpu kepada usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua dewan dan timbalannya yang dijangka menghangatkan suasana hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14.Usul itu adalah untuk Yang Dipertua dewan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming mengosongkan jawatan mereka.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membentangkan usul bagi memilih bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.Perdana Menteri turut dijangka mencadangkan enam ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat 76 untuk tempoh Parlimen Keempat Belas.Menurut laman rasmi Parlimen, keenam-enam mereka yang dicadangkan adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Gombak); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Bersatu-Larut); Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk); Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya); Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson).Persidangan Dewan Rakyat yang kebiasaannya bermula tepat jam 10 pagi akan dimulakan dengan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan disusuli usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja.Persoalan berkaitan kedudukan ekonomi semasa, prestasi pertumbuhan ekonomi negara dan kadar pengangguran masa kini yang akan diajukan oleh Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) kepada Perdana Menteri adalah antara tumpuan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.Tidak kurang menariknya soalan oleh Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan program yang disediakan oleh Agensi Nuklear Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran teknikal berteraskan sains dan teknologi nuklear kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan) turut dijangka mengemukakan soalan mengenai persediaan dan tindakan kementerian dalam menangani dan mengukuhkan keselamatan siber negara, selain pertanyaan pembabitan Malaysia dalam usaha sama sektor perkhidmatan kesihatan bersama negara lain bagi mengekang COVID-19 yang bakal diajukan oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok).Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 telah diadakan selama sehari pada 18 Mei lalu yang hanya membabitkan titah ucapan pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos 2020 berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.Ia termasuk pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan dan penggunaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter antara tempat duduk ahli Parlimen semasa persidangan berlangsung seperti yang diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. - BERNAMA

Read More
224 Penduduk Langkap, Permaisuri Selangkah Miliki Tanah Sendiri

Oleh  : Muhammad A.Rahman

SETIU, 12 Julai - Seramai 224 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dan Permaisuri menerima borang Jadual 5A bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) baru-baru ini sebelum mereka layak memiliki tanah tersebut sepenuhnya.

Majlis penyampaian tersebut adalah yang kedua selepas 500 penduduk telah menerima borang itu daripada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kejayaan penyerahan tanah RTB berkenaan adalah bukti kerajaan negeri komited dalam menunaikan manifesto mereka sewaktu pilihan raya umum (PRU) 14 yang lalu.

“Kerajaan negeri kini sedang dalam proses untuk menyelesaikan kesemua RTB-RTB yang ada bagi mengembalikan hak rakyat yang pernah dinafikan dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu di Dewan Serbaguna MDS, Sungai Tarom di sini.

Menurut beliau lagi, para peserta perlu menjelaskan kadar bayaran premium yang sama seperti yang telah diluluskan pada tahun 1999-2004 dahulu.

“Harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan sekarang adalah sama dengan harga semasa diberi tanah tersebut, sekitar RM1,100 dan RM1,200 sahaja. Ini adalah satu harga yang rendah.

“Insya-Allah, kini dalam fasa terakhir proses pelepasan RTB-RTB ini kepada pemilik-pemilik oleh pihak kerajaan.

“Saya harap penerima-penerima RTB ini dapat menjelaskan pembayaran secepat mungkin agar mereka dapat diberi hak milik sepenuhnya,” ujarnya.

Tambah beliau, Setiu merupakan salah satu Parlimen yang mempunyai tanah RTB paling banyak iaitu ada 19 lot pertanian dan 10 lot rumah.

Read More
KPDNHEP Ganding Bahu Laksana Operasi Kawal Harga

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan operasi mengawal kenaikan harga barang.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, kawalan tersebut dikuatkuasakan bagi menjaga kepentingan kepenggunaan rakyat.

"Tujuan lawatan ke KPDNHEP ini adalah untuk mengetahui berkenaan isu rungutan harga barang yang tinggi di Terengganu berbanding dengan negeri lain," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatan kerja ke Pejabat KPDNHEP di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kementerian tersebut merupakan perantara untuk saluran aduan rakyat.

“Saluran untuk dapat taklimat berhubung dengan gerakan kepenggunaan (consumerism) supaya rakyat tahu hak mereka dan tidak mudah ditipu,” jelas Yahaya.

Beliau menambah, lawatan tersebut sudah menjadi tradisi badan legislatif dan setakat ini pelbagai jabatan serta agensi kerajaan sudah dilawati bagi mendapatkan maklumat secara langsung (first hand) tentang isu-isu dibangkit dan disuarakan oleh rakyat.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, beliau turut menerangkan fungsi dan peranan KPDNHEP dalam menguatkuasakan undang-undang dan melindungi kepentingan pengguna serta mewujudkan peniaga yang beretika.

“Saya amat berbesar hati menerima lawatan kerja ini dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” tambah beliau.

Read More
1 2 3 51

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram