PAU2015 : Zahid Hamidi Rasmi Laman Media

By kirthiga

Laman Media, yang menempatkan ruang kerja pengamal media yang bertugas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC dirasmikan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Majlis pelancaran oleh Timbalan Perdana Menteri itu turut disertai Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Ahmad Maslan serta warga kerja organisasi media, termasuk Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM).

Laman Media yang terletak di Aras 2, PWTC disediakan UMNO kepada petugas media pada setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.

Kali ini, sejumlah 1,450 petugas media dari 60 agensi dalam dan luar negara ditempatkan di laman media itu yang turut dilengkapi kemudahan WiFi selain sajian makanan.

Laman media yang diwujudkan itu merupakan satu kemudahan eksklusif yang disediakan oleh UMNO kepada petugas media.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 berlangsung mulai hari ini hingga 12 Disember.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram