Pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu Menang Anugerah Antarabangsa

By kirthiga

Sekolah Menengah (SM) Imtiaz YT Kuala Terengganu mengharumkan nama negara pada pertandingan Rekacipta dan Inovasi yang diadakan di Thailand dan Taiwan, baru-baru ini.

Pengetua SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, Mohd Yusoff Osman berkata, sekolah itu yang mempertaruhkan produk ciptaan ‘Dr Duster With Green Cleaner’ berjaya memenangi pingat emas dan anugerah khas pada pertandingan Bangkok International  Intellectual Property, Invention, Innovation And Technology Exposition ( IPITEX) 2016 yang berlangsung di Bangkok International Trade Centre (BITEC) Bangkok pada 2 hingga 6 Februari lepas.

“Lebih membanggakan, sebelum itu pasukan reka cipta sekolah iaitu Al Fateh Inventors turut memenangi anugerah yang sama dalam pertandingan reka cipta Kaohsiung International Invention & Design Expo (KIDE 2015) yang berlangsung di International Convention Center Kaohsiung (ICCK) Kaohsiung, Taiwan pada 3 hingga 6 Disember tahun lalu.

“Malah produk ciptaan ‘The Miracle Of Multipurpose Soap: Novely’ iaitu sabun serbaguna yang diperbuat daripada sumber organik turut merangkul pingat perak pada pertandingan IPITEX,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Khas kepada SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, di Yayasan Terengganu, semalam.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong.

Katanya, kejayaan itu dicapai melalui lapan pelajar tingkatan lima terdiri daripada Huda Safiah Hassan, Azrol Azam Zunaini, W.Muhammad Jannahtul Firdaus W.Ahmad dan Nursyafiqah Zakaria dengan projek ‘Dr Duster With Green Cleaner’ yang merupakan suatu produk pemadam yang dilengkapi cecair organik.

“Muhammad Faris Mohd Rafee, Afifah Mohd Zabidi, Fatimah Azzahrah Zulkifli dan Muhammad hafizi Hassan As’Ari dengan dibimbing tenaga pengajar Saripah Embong dan Mariam Rokayah memperkenalkan produk Novely,” ujarnya.

Mohd Yusoff berkata, pelajar tidak memerlukan belanja yang besar untuk menghasilkan produk tersebut kerana kosnya tidak melebihi RM20 dan ia direka dalam masa kira-kira tiga bulan.

Menurut Mohd Yusoff, pihaknya juga berhasrat mengkormesialkan produk tersebut dan kini sedang dalam proses untuk dipatenkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram