Pelbagai Kuih Tradisional Di Bazar Batu Burok

By kirthiga

Sepanjang Ramadan, pelbagai kuih-muih mudah diperoleh orang ramai terutama yang ‘mengidam’ kuih tradisional kerana banyak dijual di bazaar-bazar Ramadan di negeri ini.

Tinjauan Teganukita di bazar Ramadan Batu Burok, semalam mendapati sambutan terhadap kuih tradisional Terengganu seperti ‘onde-onde’, ‘nekbat’, ‘penganan’, ‘puteri mandi’, ‘buah gomok’ dan pelbagai lagi amat menggalakkan.

“Kuih tradisional seperti ‘onde-onde’ memang sedap tetapi jarang dijual pada hari-hari biasa dan saya ambil peluang beli di bazar Ramadan untuk dijadikan pembuka selera ketika berbuka puasa,” kata Ameer Farhan Mohd Rosli, 22, antara pengunjung Bazar Ramadan Batu Burok kepada Teganukita.

Katanya lagi, harga kuih-kuih tradisional juga masih berpatutan iaitu antara 40 sen dan 50 sen sebiji.

Seorang lagi pembeli, Mohd Hafizuddin Mat Tahar, 25, berkata dia memilih kuih tradisional kerana keunikan rasa yang tidak boleh ditandingi kuih-kuih moden yang mudah ditemui.

“Lagipun orang yang buat kuih tradisional ini ikut cara lama bagi mengekalkan rasa. Saya rasa tidak ramai generasi muda seperti kami yang tahu membuat kuih tradisional,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram