Pengundi Kajang Jangan Tertipu

By kirthiga

Pengundi di Kajang akan menerima nasib yang sama seperti pengundi di Permatang Pauh jika mereka memilih calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

Ketua Penerangan UMNO Terengganu, YB. Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar berkata, ini terbukti apabila Wan Azizah pernah mengkhianati pengundi di Permatang Pauh setelah dia meletak jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada PRK 2008 untuk memberikan laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim bertanding di situ.

“Sejarah Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen adalah dia tak kenal pengundi dan tak peduli langsung masalah rakyat di Permatang Pauh termasuk sejak Anwar memenangi kawasan itu.

“Wan Azizah akan mengulangi episod yang sama di Kajang kerana dia akan meletak jawatan jika keputusan mahkamah sebaliknya bagi membolehkan Anwar bertanding di Kajang,” katanya kepada teganukita di Kajang semalam.

Abdul Rahman berkata, Permatang Pauh menjadi batu loncatan kepada Wan Azizah dan Anwar kerana dia tidak berbuat apa-apa untuk memajukan taraf sosioekonomi penduduk di kawasan itu.

“Sebagai pengundi di sini saya sedih apabila nasib rakyat tidak dibantu oleh Anwar,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram