Peniaga Diminta Patuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Bersempena Deepavali

By kirthiga

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Deepavali yang akan disambut 10 November ini.

Antaranya adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang (tidak termasuk peha), daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, B dan C.

Cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, ubi kentang import (China) dan kacang dal (Australia).

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud berkata, peniaga di negeri ini diminta untuk turut mematuhi skim kawalan harga yang berkuat kuasa di seluruh negeri selama 10 hari dari 5 hingga 14 November itu.

“Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan lain.

“Mereka juga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya barang itu diperoleh pada harga lebih rendah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2015 di Pasar Raya Hock Kee Seng, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Seksyen Penguat Kuasa KPDNKK Terengganu, Md Nawawi Ab Rahman.

Roslee memberitahu, selain perlu memastikan bekalan barangan mencukupi, peniaga juga perlu menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan.

Katanya, skim itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan denda untuk kesalahan pertama tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 bagi individu.

“Kesalahan kedua atau berikutnya pula denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” ujar Roslee.

Manakala katanya, denda tidak melebihi RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 bagi syarikat yang gagal mematuhi harga ditetapkan untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Menurut beliau, orang ramai diminta bekerjasama dengan menyalurkan maklumat sekiranya mendapati ada peniaga gagal mematuhi undang-undang di bawah skim itu dengan membuat aduan kepada KPDNKK Terengganu dengan menghubungi cawangan terdekat dengan kawasan masing-masing dimana Cawangan Kuala Terengganu menerusi talian 09 620 4700, Besut (09 6902203), Kemaman (09 8502457) dan Dungun (09 8453586).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram