Penjawat Awam Perlu Peka Elak Fahaman Ektremisme

By Anita

Penjawat awam termasuk guru perlu peka dengan perkembangan semasa bagi mengelak daripada terpedaya dengan fahaman ektremisme.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun tidak mendapat laporan ada guru yang terlibat dengan kumpulan pelampau atau Daesh, namun langkah pencegahan awal perlu diambil bagi memastikan fahaman songsang ini tidak terus merebak dengan lebih jauh lagi.

Katanya, pada masa sama,  juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk penjawat awam yang didapati terlibat dengan fahaman songsang seperti kumpulan pelampau.

“Penyebaran fahaman Daesh perlu dilihat dalam skop yang lebih serius berikutan isu itu berada pada tahap membimbangkan ketika ini.

“Meskipun ketika ini, penyebaran atau individu yang didapati terlibat dengan ideologi Daesh itu masih lagi terkawal, namun kita memandang serius perkara ini,” katanya.

Menurutnya, jadi, dalam soal itu kita serah kepada pihak keselamatan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk jika ada pegawai kerajaan yang terlibat dengan anasir tidak sihat ini kerana ia boleh merosakkan dan memberi ancaman,” katanya.

Beliau berkata demikian sebaik selesai menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan hampir 1, 000 ahli yang terdiri daripada guru-guru di seluruh negeri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram