Penuntut IPG Johan Pidato

By kirthiga

Penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail,  Anis Hazirah Zakaria, 20, merangkul  johan  Pertandingan Pidato 1Malaysia 2016 Peringkat Terengganu yang diadakan di Dewan Serbaguna Daerah Setiu, Sungai Tarom, Setiu, semalam

Penuntut semester dua Ijazah Pendidikan Guru Sejarah itu berjaya menewaskan tujuh peserta lain dengan tajuk ‘Malaysia Kemerdekaan Membina Ketamadunan Bangsa’  dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 plak dan sijil.

Tempat kedua dimenangi oleh guru J-Qaf Sekolah Kebangsaan Gong Pasir, Dungun, Che Ku Mohd Suhaimi Che Ku Abdul Rahman, 37, menerima hadiah wang tunai RM1000

Manakala penuntut Tahun Satu Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Kolej Bestari, Setiu, Mohd Faizon Elias  memenangi tempat ketiga, membawa pulang wang tunai RM500

Juara pertandingan akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kedah pada 31 Julai depan.

Pertandingan tahunan yang bermula tahun 2011 dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Terengganu disertai lapan peserta,  mewakili setiap daerah.

Lima peserta lain menerima hadiah saguhati wang tunai RM300 setiap seorang beserta sijil dan plak.

Pengarah JaPen, Nasrudin H.Mahmud, berkata  pertandingan yang bertemakan `Sehati Sejiwa’ bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman masyarakat.

Katanya, pada masa sama, menyedarkan golongan belia mengenai dasar kerajaan khususnya Gagasan 1Malaysia selain dapat memupuk, menyubur serta mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat negara ini.

“Penganjuran pertandingan ini diharap dapat memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan pelbagai kaum dalam kehidupan seharian selain meningkatkan rasa kecintaan serta kebanggaan masyarakat terhadap negara,”katanya

Hadiah disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram