Persatuan Peniaga Akur Keputusan Haramkan Penjualan Vape

By kirthiga

Pengusaha rokok elektronik atau vape akur dengan keputusan mensyuarat yang telah dibuat dimana kerajaan negeri akan mengharamkan penjualan vape di Terengganu.

Walau bagaimanapun mereka diberi tempoh sehingga enam bulan dalam menghabiskan stok yang ada.

Presiden Persatuan Peniaga Vape Melayu Terengganu (PPVMT), Mohd Kamaruzaman Mahmud berkata dengan keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat sebentar tadi, mereka sepakat untuk akur.

“Namun demikian, kami sebagai pengusaha vape akan berusaha untuk membela nasib dengan melakukan satu transformasi ke arah perniagaan lain.

“Kami akan kemukakan kertas kerja kepada Menteri Besar untuk memulakan gedung memborong di Terengganu melibatkan pakaian, alat tulis dan sebagainya seperti yang telah wujud di negeri lain,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri menyuarat kerajaan negeri bersama pengusaha vape yang dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Tambahnya, pengusaha vape di Terengganu akan cuba menghabiskan stok barangan mereka dalam masa yang telah ditetapkan.

“Dengan masa yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, kami akan cuba menghabiskan stok yang ada dan tidak akan menambah lain-lain stok,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram