Pertandingan Ngail Ikan Darat Tawar Hadiah Lebih RM5,000

By kirthiga

Pemancing ikan darat sekali lagi disajikan dengan Pertandingan Ngail Ikan Darat yang akan berlangsung pada 29 Januari ini bertempat di Parit Tali Air Gong Baru, Kuala Terengganu.

Pengerusi JKKK Kampung Gong Baru, Hanafiah Ismail berkata, acara tersebut sering kali diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat.

“Kebiasaannya, acara memancing ikan darat diadakan sehingga enam kali setahun di parit tali air kampung ini.

“Selain dari dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat, kita juga membuka peluang perniagaan secara kecil-kecilan kepada penduduk semasa program ini berjalan,”

Pertandingan Ngail Ikan Darat tersebut akan berlangsung selama dua jam bermula pukul 3 petang.

Juara pertandingan tersebut akan membawa pulang RM4,000 manakala naib juara (RM1,000) dan ketiga (RM500).

Selain dari pertandingan memancing, terdapat beberapa acara sampingan turut dijalankan yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pengunjung antaranya Teka Biji Betik dan cabutan bertuah.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) dan Komuniti 1Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram