Pertembungan ‘Panas’ Terengganu, JDT : 600 Angota Keselamatan Berkawal, Dua Jalan Ditutup

By Anita

Penyokong bola sepak Terengganu membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah awal pagi semalam bagi mendapatkan tiket perlawanan antara Terengganu dan JDT malam ini.

Penyokong bola sepak Terengganu membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah awal pagi semalam bagi mendapatkan tiket perlawanan antara Terengganu dan JDT malam ini. Foto oleh Zulkipli Putra.

Pertembungan ‘panas’ antara Terengganu dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini sudah pasti dinantikan oleh peminat bola sepak tanah air.

Ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan selepas insiden ‘Terowong Larkin’ ketika pasukan kelab berpangkalan di Terengganu, T-Team menentang Johor DT pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin awal bulan lalu.

Biarpun situasi ‘tegang’ di Larkin itu tidak melibatkan pasukan Terengganu, kebanyakan penyokong skuad Peteh seakan-akan tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan malam ini.

Buktinya, mereka sanggup beratur panjang di Stadium Ismail Nasiruddin Shah seawal tujuh pagi semalam semata-mata mahu membeli tiket perlawanan.

Difahamkan, jualan tiket habis dijual dalam masa kurang 30 minit apabila para penyokong berpusu-pusu membeli tiket perlawanan.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberi jaminan isu keselamatan pemain dan penyokong diutamakan.

Naib Presidennya, Abdullah Sulong berkata, bagi tujuan itu hampir 600 anggota keselamatan termasuk petugas akan ditempatkan di dalam dan luar stadium sepanjang perlawanan Liga Super itu berlangsung.

Katanya, anggota terbabit terdiri Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan beberapa agensi berkaitan.

“Kita telah mendapat arahan awal supaya meningkatkan aspek keselamatan khususnya di stadium termasuklah mengawal serta mengiring pemain, pegawai serta penyokong JDT ketika dalam perjalanan ke stadium atau keluar dari stadium jika mereka perlukan khidmat kami,” katanya.

Mengenai pemasangan pagar tambahan di stadium yang disifatkan ramai pihak sebagai langkah keselamatan menjelang perlawanan itu, Abdullah berkata perkara itu sebenarnya telah lama dirancang dan hanya dipasang beberapa hari lepas.

“Secara kebetulan ia bertembung dengan perlawanan menentang JDT. Jadi, tidak timbul sebarang isu dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin berkata 250 hingga 300 anggota polis akan ditugaskan berkawal di stadium dan tindakan tegas akan diambil terhadap penyokong yang melakukan provokasi.

Dua batang jalan utama ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan ditutup sempena perlawanan itu.

Jalan berkenaan ialah Jalan Sultan Ismail bermula dari persimpangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu hingga ke Syarikat Air Terengganu dan dari persimpangan stadium hingga ke Jalan Pejabat.

Zamri berkata, jalan-jalan itu akan ditutup mulai pukul 6 petang hingga perlawanan selesai.

“Kami juga telah mengenal pasti 11 tempat letak kereta bagi memudahkan para penyokong untuk ke stadium dan kita harap semua penyokong dapat mematuhi arahan yang telah ditetapkan,” katanya.

Orang ramai boleh meletak kenderaan mereka di sekitar hadapan IPD hingga Bulatan Sultan Omar.

Selain itu, katanya, pihaknya akan mempertingkatkan kawalan di semua pintu masuk stadium berkenaan bagi mengelakkan penonton membawa masuk barangan larangan seperti mercun, suar dan senjata tajam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram