Pertukaran Speaker : Takiyuddin Jawab Telahan Pembangkang

By Husaif Mamat

Oleh : Muhammad A. Rahman

KUALA LUMPUR,  13 Julai – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan menjawab semua tuduhan ahli parlimen pembangkang berkaitan usul pemilihan speaker dengan tersusun dan berfakta.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengemukakan tiga aspek penting iaitu usul tersebut adalah berdasarkan perlembagaan dan peraturan mesyuarat, mengikut lunas perundangan dan peraturan mesyuarat serta ia telah diterima oleh bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff sendiri.
“Saya ingin memaklumkan usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Parlimen.
“Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya.
“Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” jel;asnya ketika menggulung usul berkenaan.
Terdahulu, usul pengosongan jawatan Yang DiPertua Dewan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi hangat apabila pihak pembangkang membantah pertukaran tersebut.
Ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang dilihat berat sebelah dengan usul pengosongan jawatan Yang DiPertua Dewan Rakyat ke-9.
Keputusan undi belah bahagian namun berpihak kepada kerajaan apabila memperoleh 111 undi berbanding 109 dari pihak pembangkang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram