PKR Berdepan Risiko Dibatalkan Pendaftaran Oleh ROS

By kirthiga

Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden, kata peguam, Edmund Bon, Isnin lalu.

Menurut Bon, mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan.

“Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti,” kata Bon.

Beliau menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai ‘menyalahi undang-undang’ dibawah Akta Pertubuhan 1966.

Pendapat yang sama dikongsikan seorang lagi peguam, New Sin Yew, yang menjelaskan Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan tidak membenarkan seseorang yang disabitkan kesalahan untuk bertanding atau memegang jawatan dalam pertubuhan.

“Menurut Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi atau memegang jawatan dalam pertubuhan yang didaftarkan jika disabitkan atas sebarang kesalahan dibawah undang-undang lain dan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak kurang dari setahun,” kata New.

Bagaimanapun, peguam PKR, Radzlan Jalaludin berkata Anwar masih boleh bertanding berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9(4) Akta Pertubuhan.

Di bawah Seksyen 9(4), Akta Pertubuhan memberikan pengecualian kepada seseorang yang hilang kelayakan dengan syarat mereka mengemukakan permohonan kepada pendaftar.

“Masih ada ruang untuk Anwar dicalonkan dan dipilih dengan syarat pengecualian diberikan oleh Pendaftar,” kata Radzlan.

Ketika ditanya sama ada Anwar sudah memfailkan permohonan tersebut, Radzlan berkata dia tidak diberitahu mengenainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram