Polis Terengganu Tubuh Pasukan Khas Pantau Judi Bola Sepak Piala Dunia

By Anita

Polis Terengganu menubuhkan pasukan khas bagi memantau kegiatan perjudian bola sepak sepanjang perlawanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang bakal membuka tirai perlawanan pada Jumaat ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata pasukan khas itu juga akan digerakkan bagi membanteras kegiatan berkenaan termasuk jenayah lain yang berkaitan.

Katanya dalam laporan Bernama, pihak polis sentiasa melakukan risikan bagi mengenal pasti sindiket tertentu yang menganjurkan pertaruhan sama ada baik dalam talian mahupun sebaliknya.

“Setakat ini kita tidak menerima maklumat berhubung kegiatan haram ini namun kita akan terus memantau dari semasa ke semasa khususnya ketika perlawanan berlangsung supaya tidak wujud unsur perjudian sepanjang demam piala dunia berlangsung,” katanya hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam aktiviti itu kerana tindakan tegas akan diambil selain turut meminta mereka yang mempunyai maklumat agar tampil melaporkan perkara itu bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia kali ini akan berlangsung di Brazil bermula 13 Jun hingga 14 Julai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram