PRK Kajang : PKR Hilang 2,830 Undi

By kirthiga

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas calonnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memperoleh undi 16,741 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Namun jumlah majoriti yang diperoleh PKR merosot apabila mendapat 5,379 undi berbanding 6,824 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 Mei tahun lalu.

Jumlah undi rosak pula sebanyak 176.

Pada PRU 13 yang lalu, kerusi DUN Kajang menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Lee Ban Seng calon Barisan Nasional (BN-MCA), Mohd Khalid Kassim (bebas), Mohamad Ismail (Berjasa), Ong Yan Foo (bebas), Ir Mohd Iwan Jefry Abdul Majid (bebas) dan Lee Chin Cheh sendiri daripada PKR.

Chin Cheh memenangi kerusi itu selepas mendapat 19,571 undi meninggalkan calon BN dengan majoriti 6,824 undi.

Jika PRU 13, PKR memperolehi 19,571 undi dan hari ini PKR memperolehi 16,741 undi, bermakna undi PKR hilang sebanyak 2,830 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram