PRK Kajang : Zaid Ibrahim Tarik Diri

By kirthiga

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Ini berikutan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi boleh bertanding dalam PRK itu ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang mendapati beliau bersalah dalam kes liwat.

Dalam satu kenyataan semalam, Zaid berkata sebelum ini beliau menyatakan hasrat bertanding untuk menyekat Anwar dari mencapai cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar selepas mengubah keputuan mahkamah tinggi yang membebaskan beliau dalam tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Anwar turut mengumumkan bahawa isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, menggantikan beliau sebagai calon Pakatan Rakyat untuk PRK Kajang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram