Pusat Tingkatan Enam Beroperasi April Ini

By kirthiga

Sekolah berpusat tingkatan enam atau lebih dikenali Pusat Tingkatan Enam (PTE) Mod 1 yang akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Berang dijangka akan beroperasi pada April ini.

Pengerusi Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan membelanjakan lebih RM20juta bagi mewujudkan sekolah berpusat Mod 1 tersebut yang hanya akan menempatkan pelajar tingkatan enam.

“Untuk kemasukan pertama, kita jangkakan lebih 200 pelajar tingkatan enam atas dan enam bawah akan belajar di sekolah berpusat ini dan kalau ikut jadual, kemasukan pelajar tingkatan enam atas pada pertengahan April ini seramai 122 orang.

“Bagi pelajar tingkatan enam bawah, pengambilan dijangka sekitar Mei depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tagline 2016 Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, semalam.

Ghazali berkata, sekolah yang mempunyai 22 bilik darjah tersebut yang dapat menempatkan lebih 800 pelajar dalam satu masa.

“Di sekolah ini pelajar tingkatan enam akan dapat merasai suasana pembelajaran seperti di universiti yang mana dewan juga boleh dijadikan bilik kuliah dan mereka dibenarkan berpakaian formal seperti di universiti dan tidak lagi memakai pakaian sekolah,” katanya.

Ghazali berkata, selain Hulu Terengganu, pelaksanaan sekolah berpusat yang sama bakal diwujudkan di Besut pada tahun ini iaitu di bangunan lama Sekolah Menengah Imtiaz Besut, di Pelagat.

“Selepas ini, kita akan perluaskan pelaksanaan sekolah pusat ini di daerah lain mengikut keperluan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram