Ragbi Terengganu Guna Khidmat Jurulatih, Pemain Fiji

By Anita

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) akan menggunakan khidmat pemain dan juga jurulatih dari Fiji bagi menghadapi Kejohanan Piala Agong, September ini.

Menurut laporan Bernama baru-baru ini, Setiausaha PRNT, Wan Tarmizi Wan Jusoh berkata, pihaknya akan menghantar beberapa pegawai ke negara tersebut pada bulan ini bagi mengenal pasti pemain dan jurulatih berkenaan.

“Kita bercadang nak ambil empat pemain, salah seorang daripada pemain itu nanti akan bertindak sebagai jurulatih,” katanya.

Menurutnya, dalam kejohanan Piala Agong tahun lepas, Terengganu juga menggunakan khidmat empat pemain dari Fiji bagi memperkuatkan pasukan.

Katanya, buat pertama kali dalam kejohanan itu Terengganu telah berjaya melepasi pusingan kedua atau menduduki tempat keenam terbaik.

Wan Tarmizi berkata, Terengganu tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pemain yang diperlukan kerana mereka mendapat bantuan bekas-bekas pemain import Terengganu yang ada di sana.

“Kita akan pergi lihat sendiri pemain tersebut menerusi kelab-kelab yang mereka wakili,” ujarnya.

Tambahnya,  pemain-pemain import itu diperlukan segera untuk membolehkan PRNT membuat persiapan serta membentuk pasukan.

Beliau memberitahu, tujuan PRNT melantik jurulatih dari Fiji bertujuan supaya bakal-bakal jurulatih ragbi di Terengganu dapat belajar daripada mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Tarmizi berkata PRNT akan memanggil sebanyak 30 pemain lama dan baharu untuk menjalani latihan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram