Kerajaan digesa bertindak tegas terhadap kumpulan tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang sengaja menyebarkan maklumat palsu dengan tujuan mencemarkan imej negara.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, perbuatan kumpulan itu dikhuatiri menyebabkan rakyat termakan hasutan mereka sekali gus menjejaskan keharmonian negara.
Katanya, RBA sentiasa melancarkan propaganda dan fitnah terhadap kerajaan, institusi raja dan badan kehakiman sekali gus menyerlahkan motif mereka untuk mengelirukan rakyat.
“Perbuatan mereka seperti musuh di dalam selimut, bacul dan tidak bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
“Jika gerakan RBA tidak dibendung, lambat laun akan menjejaskan semangat perpaduan kaum yang telah dipupuk oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj,” katanya yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.