Redho Waalidain Rapatkan Ibu Bapa, Pelajar Dan Yayasan Terengganu

By kirthiga

Seramai 13 pelajar Terengganu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bakal menerima kunjungan ibu bapa mereka hasil inisiatif yang diambil oleh Yayasan Terengganu (YT).

Pengarahnya, Mohamad Sulong berkata, langkah tersebut diambil bagi menyahut seruan kerajaan negeri dalam merapatkan silaturahim pelajar dengan ibu bapa disamping mengenali suasana tempat pembelajaran anak-anak mereka.

Katanya, program pertama kali yang diadakan ini adalah untuk membuka ruang kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah mengunjungi anak mereka di tempat pembelajaran.

“Untuk permulaan, seramai 13 keluarga melibatkan tiga orang sekeluarga diberi peluang mengikuti program ini bagi merapatkan silaturahim antara ibu bapa dan anak-anak mereka.

“Selain dari membawa peserta ke UIAM, ibu bapa serta pelajar ini juga akan dibawa ke tempat-tempat lain seperti ke Putrajaya dan I-City di Shah Alam untuk memberi peluang mereka sekeluarga meluangkan masa bersama,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Redho Waalidain Program Ziarah Keluarga Ahli Permata Ke Menara Gading yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Baru Rakit, Bazlan Abd Rahman di Bangunan Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad turut berharap agar dengan terlaksananya program itu pelajar akan sering mengingati pengorbanan ibu bapa serta kerajaan negeri dalam memastikan kecemerlangan pendidikan mereka.

Program yang berlangsung selama dua hari dan dua malam itu ditanggung sepenuhnya oleh YT termasuk makan dan minum,pengangkutan, serta penginapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram