RM1.1 Juta Diperlukan Untuk Baik Pulih Lif HSNZ

By kirthiga

Sebanyak RM1.1 juta diperlukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bagi membaik pulih lima lif Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohamad Omar berkata, perkara itu telah dipanjangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) untuk tindakan segera.

“Kita memahami kesulitan pelawat ketika mengunjungi hospital itu, kadang kala terpaksa berdepan dengan situasi lif rosak dan terperangkap. Perkara itu dipandang serius dengan menggesa pihak berkaitan mempercepatkan kerja-kerja membaik pulih kemudahan itu.

“Kira-kira 500 pelawat mengunakan lif hospital tersebut pada setiap hari, di mana kadang kala hanya dua daripada lima lif dapat beroperasi,” katanya, hari ini.

Katanya, kekerapan dan lebihan muatan menjadi faktor kemudahan itu cepat rosak dan memerlukan peruntukan besar setiap kali membaik pulih.

“Saya meminta pelawat bersabar dengan situasi itu, berkemungkinan kelulusan untuk kerja-kerja membaikpulih lif akan disegerakan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram