RTC Terengganu Dibina Akhir Tahun

By kirthiga

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bakal membuka empat buah lagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menjelang akhir tahun ini.

RTC tersebut ialah Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menterinya, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal dalam laporan Bernama hari ini berkata, lokasi RTC baharu telah dikenal pasti di negeri masing-masing.

“Bagi Sarawak, memandangkan saiz negerinya yang besar kami merasakan terdapat keperluan untuk membuka dua buah RTC di sana iaitu sekarang satu di utara, di Bekenu dan kami meminta kerajaan negeri Sarawak untuk mengenalpasti satu lagi lokasi baru di selatan,” katanya.

Untuk Sabah, katanya kementerian masih belum lagi menemui lokasi yang sesuai untuk pusat RTC itu dibuka namun usaha terus dibuat untuk menyegerakan pembukaan pusat tersebut di negeri itu.

Buat masa ini terdapat enam buah RTC di seluruh negara iaitu di Perak, Kelantan, Melaka, Pahang, Kedah dan Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram