RV Discovery Tiada Masalah – Dr Zaini

By Anita

Kapal latihan dan penyelidikan milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), RV Discovery UMT tidak mempunyai masalah, kata Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Beliau berkata  demikian bersandarkan fakta bahawa kapal yang mula belayar pada Mac 2014 serta  pelayaran lebih dari 500 jam itu sudah menjalani beberapa ujian penting seperti aspek fizikal kapal dan ujian untuk menjalani uji kaji di atas kapal.

“RV Discovery merupakan kapal penyelidik pertama dibina di Malaysia ini memenuhi ciri-ciri lengakp keselamatan dan saintifik yang diperlukan bagi sesebuah kapal penyelidik.

“Walaupun kapal ini mempunyai kelainan, ia memenuhi sebahagian besar kemudahan iaitu lebih kurang 98 peratus  apa yang diperlukan untuk menjalani penyelidikan tengah laut”, katanya semasa bertemu media di TH Hotel & Convention Centre selepas menjalani ujian bersama RV Discovery.

Turut hadir Naib Canselor UMT Dato’ Prof Dr Ibrahim Komoo.

Zaini berkata, kapal yang menelan belanja sebanyak RM 12.7 juta itu mampu untuk belayar dan bertahan selama tujuh  hari tanpa henti bagi mengisi minyak.

Katanya, kapal sepanjang 35 meter dan seberat 300 tan itu dibina pada September 2008 oleh syarikat tempatan, Kay Marine dan berkemampuan menampung 12 krew kapal dan 11 pelatih atau penumpang pada satu-satu masa dengan dilengkapi peralatan sains marin terkini, kabin, ruang makan serta ruang rehat yang selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram