Saiful Bukhari Dikurnia Cahaya Mata Pertama

By Anita

Saiful Bukhari Azlan dan pasangannya, Nik Suryani Megat Deraman selamat dikurniakan seorang cahaya mata pertama kira-kira jam 5.35 petang tadi.

Nik Suryani yang juga personaliti TV3 dan hos rancangan tajaan khas kerajaan negeri, Teganukita sepanjang tiga musim yang lalu melahirkan bayi lelaki seberat 3.02 kilogram di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Terengganu.

 

Saiful yang dihubungi teganukita.my mengucap syukur dengan anugerah tidak ternilai kepada mereka selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya itu.

Katanya, isterinya yang bersalin normal melahirkan bayi mereka awal dua minggu walaupun jangkaan sebenar pada 1 Syawal ini.

“Alhamdullah, isteri saya Sue Megat Deraman telah selamat melahirkan cahayamata lelaki pertama kami secara normal pada jam 5.35 petang sebentar tadi. Bayi sihat 3.02kg. Syukur Ya Allah atas kurniaan dan rezeki yang diberi.

“Hadiah hari lahir paling bermakna..” demikian petikan status facebook yang dimuatnaik beliau kira-kira jam 9 mlm tadi.

Pasangan itu sepakat menamakan zuriat mereka dengan nama Yusuf Bukhari Mohd Saiful Bukhari.

Saiful dan Nik Suryani mendirikan rumahtangga pada 25 Mei tahun lalu dan diijabkabul di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram