Saya Serah Kepada SPRM – Ahmad Said

By kirthiga

“Saya serah kepada SPRM, biar mereka (SPRM) siasat. Selepas serah, buat laporan mereka (pemimpin pembangkang) buat sidang media.

“Dulu mereka buat di SPRM negeri, lepas itu di Kuala Lumpur pula.

“Kita sedia disiasat SPRM walaupun mereka buat laporan sama secara berulang-ulang dan buat sidang media yang sama berulang-ulang. Kita faham lama dah cara mereka berpolitik,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Sek. Keb. Bukit Mentok, pagi tadi.

Beliau mengulas ringkas perkara itu apabila ditanya teganukita mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang membuat serahan apa yang didakwa sebagai dokumen mengenai salah laku dan penyelewengan Kerajaan Negeri kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamad di Akademi SPRM, Kuala Lumpur, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram