Sediakan Kemudahan Infrastruktur Untuk Petani

By [email protected] Noraini Jusoh

Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN, 9 Julai- Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) diminta menyediakan kemudahan infrastruktur terlebih dahulu terutama memagari tanah pertanian di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Selesa, Al-Muktafi Billah Shah agar tanaman yang diusahakan penduduk terhindar daripada sebarang ancaman.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, perkara tersebut pernah dijanji oleh KETENGAH kepada kelab KRT Taman Selesa sebelum ini dalam usaha membantu projek ekonomi yang diusahakan penduduk di taman berkenaan.
“KETENGAH diharap dapat menunaikan janji dengan menyediakan insfrastruktur yang sepatutnya termasuk memagari kawasan pertanian agar dapat menambahkan semangat para peserta untuk meneruskan projek.
“Kegigihan dan penat lelah 60 peserta kelab berkenaan yang sekian lama mengusahakan tanah di kawasan terbabit dengan tanaman seperti nanas, betik, pisang serta sayur-sayuran perlu diberi perhatian sewajarnya.
“Sudah tentu janji yang ditunaikan akan membuahkan kegembiraan kepada mereka dan ianya antara perkara yang saya nampak perlu diberikan sokongan kerana berupaya menjadi sumber ekonomi bagi mengubah nasib penduduk disini.
“Tambahan pula mereka berusaha tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana jabatan dan agensi yang sepatutnya selain daripada janji pihak KETENGAH itu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas meninjau projek dilakukan KRT Taman Selesa, hari ini.
Kata Ghazali, beliau juga akan berhubung dengan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dalam membantu para peserta memenuhi keperluan mereka.
“Diharapkan tanaman diusahakan para peserta dapat dikekalkan melalui bantuan disalurkan pihak berkaitan sekali gus meningkatkan ekonomi kelab berkenaan,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram