Segerakan Pembinaan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat – Pengarah Kesihatan

By kirthiga

Jabatan Kesihatan Negeri mengesa Kerajaan Terengganu mempercepatkan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat di Taman Awam Batu Burok berdekatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2016.

Pengarahnya, Dr. Mohammad Omar berkata, orang awam terutama pelawat turut mendesak perkara sama kerana kawasan tempat letak kenderaan di hospital itu semakin berkurangan.

Katanya, pembinaan Pusat Rawatan Ibu dan Bayi dan premis perniagaan berhampiran HSNZ menjadi faktor kekurangan kemudahan itu.

“Kerja-kerja membina tempat letak kenderaan wajar disegerakan agar perkara yang tidak diingini berlaku, termasuk kecurian dan kemalangan.

“Pelawat sering merungut terpaksa meletak kenderaan masing-masing di bahu jalan utama dan juga di kawasan Pantai Batu Burok, selain terpaksa menumpang petak kereta Stadium Tertutup Kuala Terengganu.

“Faktor itu sudah pasti mengundang pelbagai risiko, selain dibimbangi dikenakan saman oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram