Sekolah Di Pedalaman Kelima Terbaik SPM 2019

By [email protected] Afini Yahaya
Ab Razak Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada pelajar cemerlang SMK Cerul, semalam.

Oleh: Aminji

KEMAMAN, 9 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cerul dinobatkan sebagai sekolah kelima terbaik di Terengganu dalam pencapaian mata pelajaran SPM pada tahun 2019 dengan pencapaian 13.64 peratus semua A.

Ab. Razak Ibrahim berkata, kejayaan yang mereka perolehi tidak dijangka kerana SMK Cerul merupakan sekolah yang berada dalam kawasan felda dan terpencil.

Justeru kejayaan tersebut sudah pasti menggembirakan hati semua orang.

Mendahului carta Senarai Sekolah Semua A Terbaik tersebut, Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud dan SM Sains Kuala Terengganu masing-masing mengungguli tempat pertama dan kedua.

Seterusnya SM Sains Hulu Terengganu di tempat ketiga dan SM Sains Dungun di tempat keempat.

Dalam pada itu, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih mengadakan Majlis Kesyukuran Lonjakan SPM 2019 buat semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 Sekolah Menengah Cerul, Kemaman, semalam.

"Kita menyumbangkan sedikit cenderahati dan wang ringgit kepada semua pelajar SPM 2019 ini tanda ingatan dan penghargaan kepada pelajar tersebut.

"Saya berharap agar kejayaan yang diraih ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa dan guru-guru terus bersemangat untuk mengekalkan kejayaan ini," ujarnya.

Hadir sama dalam majlis itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin dan Pengetua SMK Cerul, Alias Salleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram