Sekolah Sukan Malaysia Terengganu Terima Kemasukan Mei Ini

By kirthiga

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) kelima yang terletak di Gong Badak, Kuala Nerus akan memulakan operasi selewat-lewatnya Mei ini.

Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia, Datin Noor Halina Mohd Noor berkata Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)  sudah siap sepenuhnya untuk fasa pertama dengan kos keseluruhan RM32 juta.

Beliau berkata, perancangan bagi memulakan fasa kedua pula telah ada namun bergantung pada keputusan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Untuk memulakan fasa kedua, peruntukan yang diperlukan dari EPU adalah sebanyak RM80 juta tetapi ianya juga bergantung pada penambahan permintaan lain bagi melengkapkan fasiliti di sini.

“Bagi fasa kedua, sekolah ini akan menyediakan fasiliti lebih lengkap melibatkan penambahan kapasiti asrama dari 400 pelajar kepada 800 orang serta kuaters guru dan banyak lagi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Projek Sekolah Sukan Malaysia Terengganu di SSMT, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN), Ibni Amin Busu.

Dalam pada itu, Halina berkata pemilihan pelajar untuk kemasukan ke sekolah tersebut adalah bergantung pada kemampuan pelajar itu sendiri.

Katanya, 80 surat tawaran telah dikeluarkan namun hanya 49 pelajar sahaja yang menerima tawaran tersebut.

Tambahnya, untuk layak ke SSMT, pelajar perlu menjalani beberapa saringan bagi membolehkan mereka menerima tawaran itu.

“Antara fasa yang perlu dijalani oleh pelajar adalah melalui Persatuan Sukan Kebangsaan, Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan juga pencalonan oleh JPNT itu sendiri.

“Kebiasaanya, pelajar yang dipilih ini sudah ada satu peringkat pencapaian sebelum masuk ke SSM dan mereka juga mempunyai potensi untuk mewakili negara dalam sesuatu kejohanan,” katanya.

SSMT memfokuskan lapan sukan utama iaitu olahraga, angkat berat, basikal, judo, lawan pedang, boling padang, sepak takraw dan silat olahraga.

Seramai 41 tenaga pengajar termasuk 11 jurulatih profesional akan berkhidmat di sekolah yang mampu menampung 200 pelajar setahun buat masa sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram