Semua Ahli Parti Perlu Berperanan Untuk Kemenangan PRU14

By kirthiga

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada ahli UMNO Terengganu agar sentiasa menyokong pucuk pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam memastikan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 akan datang.

Tambahnya, dalam memastikan Terengganu berada dalam keadaan selesa, ahli haruslah memainkan peranan yang besar.

“Dibawah kepimpinan Ahmad Razif, saya yakin negeri ini mampu menang lebih banyak kerusi daripada sebelumnya yang hanya memperolehi 17 daripada 32 kerusi dipertandingkan.

“Ahli juga haruslah memainkan peranan dalam membawa kemenangan kepada parti bukannya menikam pemimpin dari belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perasmian Penutup Konvensyen UMNO 2015 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Wanita UMNO, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Ahmad Maslan.

Dalam ucapannya juga, Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa jangan cuba menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.

Ujarnya, sejak empat bulan lalu pelbagai konspirasi telah diadakan bagi menjatuhkan kerajaan serta kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak termasuk dari anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri.

“Ada diantara ahli Parlimen BN dipujuk oleh parti pembangkang untuk menolak Bajet 2016 yang akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Dis ini.

“Namun demikian, saya akan perhati setiap undi mana-mana Anggota Parlimen yang menolak Bajet 2016,” katanya.

Tambahnya, UMNO tidak pernah terlepas dari kemelut dari pelbagai penjuru sejak penubuhannya pada 69 tahun yang lalu.

Pelbagai krisis telah dikaitkan untuk menjatuhkan pemimpin antaranya 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan namun ahli dinasihatkan agar tidak mendengar tohmahan itu.

“Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara UMNO tikam dari belakang.

“Setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram