Serikandi Bertadarus

By kirthiga

Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menganjurkan program tadarus al-Quran sempena Ramadan, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Program tahunan yang dihadiri kira-kira 130 peserta di kalangan ahli Serikandi dan Wanita Umno seluruh Bahagian itu dilaksanakan di bawah Biro Agamanya yang dipengerusikan To’ Puan Halijah Ali.

Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Halina Zakaria.

Sejurus tadarus, semua peserta mengikuti tazkirah yang disampaikan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Madya Dr Nor Zaita Omar yang bertajuk ‘Indahnya Ramadan’.

Sementara itu, Halina yang juga isteri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih dengan komitmen semua peserta terhadap program yang sangat murni dan diberkati Allah s.w.t itu.

“Saya amat gembira dan bersyukur dengan kehadiran semua rakan yang memeriahkan lagi

majlis ilmu dan moga kita semua mendapat keberkatan apatah lagi dianjurkan pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillah majlis tadarus sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan berharap ukhwah kita akan berkekalan hendakNya,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram