Serunding Daging Kampung Laris Musim Raya

By kirthiga

Serunding merupakan makanan yang dihasilkan daripada adunan rempah ratus bersama daging khususnya daging lembu, ayam mahupun ikan yang menjadi menu utama kepada masyarakat Melayu  terutama ketika sambutan Ramadan dan  Aidilfitri.

Makanan yang  juga dikenali sebagai sambal khususnya kepada masyarakat Terengganu itu menjadi pelengkap kepada menu tradisional  seperti nasi himpit, ketupat pulut, ketupat palas dan lemang, selain menjadi sajian wajib yang mampu membuka selera sesiapa sahaja ketika menikmati juadah di hari raya.

Seorang peniaga makanan itu, Zaiton Yaakob, 50, dari Rhu Muda, Marang, berkata  serunding yang paling digemari dan menjadi pilihan pelanngan yang berkunjung ke gerainya adalah serunding daging lembu kampung.

“Serunding daging lembu kampung paling laris berbanding serunding lain mungkin kerana  keenakannya apabila dimakan bersama lemang dan juga ketupat.

“Pada musim perayaan terutama menjelang seminggu Syawal, serunding akan mendapat pilihan ramai pelanggan yang berkunjung ke Pasar Kedai Payang, selain mendapatkan bahan masakan dan  bahan mentah yang lain,” katanya yang yang sudah 20 tahun meniaga di situ.

Zaiton berkata, jualan pada musim biasa yang hanya sekitar  dua hingga tiga kilogram sehari akan meningkat tiga hingga empat kali ganda sehari untuk tempoh seminggu menjelang Aidilfitri.

Katanya, dia mendapatkan serunding yang dibekalkan oleh pengusaha terbesar  di Pantai Timur, iaitu dari Tumpat yang dijual dengan harga berbeza-beza bergantung kepada jenis daging.

Menurutnya, serunding ikan dan daging import berharga RM5 setiap 100 gram,  manakala serunding daging kampung dan ayam pula  dijual dengan kadar RM6 setiap 100 gram.

Tambahnya, harga serunding yang dibekalkan pembekal naik sedikit berbanding tahun lalu. Bagaimanapun permintaan orang ramai terhadap makanan itu ketika musim perayaan tidak terjejas.

“Pembekal serunding lazimnya akan menghantar stok  dua kali hingga tiga kali seminggu, bukan hanya kepada gerai saya, malah kepada banyak lagi peniaga makanan segera  dan kuih muih di pasar ini.

“Sebelum ini, saya pernah mendapatkan stok serunding daripada dua hingga tiga pembekal tempatan, namun ternyata sehingga kini, serunding dari  Tumpat adalah yang terbaik, malah menjadi pilihan ramai pelanggan kerana kualiti dan warna yang menarik serta tahan lama,” kata ibu kepada tiga anak berusia 20 hingga 33 tahun itu lagi.

Selain serunding, Zaiton yang dibantu anak bongsu, Nor Hidayah Azmi, juga menjual keropok keping dan pelbagai jenis kerepek, biskut dan kacang sebagai tambahan kepada produk jualannya ketika musim perayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram