Sidang DUN : PAS Mohon Kerajaan Terengganu Hapuskan Dana Raya, Bakti Remaja

By kirthiga

ADUN Paka, Saiful Bahri Mamat mencadangkan supaya kerajaan negeri menghapuskan bantuan Dana Raya dan Dana Bakti Remaja yang diagihkan setiap tahun sejak 2005.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu membahaskan, peruntukkan yang dihapuskan itu wajar diagihkan kepada kakitangan kerajaan melalui tambahan bonus daripada RM500 yang diperuntukkan kepada sebulan setengah gaji.

“Apa salahnya Dana Raya dan Dana Bakti Remaja itu diagihkan kepada kakitangan kerajaan dengan tambahan bonus kepada sebulan setengah.

“Ataupun disalurkan kepada pembangunan pendidikan sebagai hadiah kecemerlangan pelajar,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam pembetangan Bajet 2016 mengumumkan peruntukkan sebanyak RM50 juta untuk bantuan Dana Raya yang bakal memberi manfaat kepada 200,000 keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Manakala, bajet RM22 juta lagi bakal dimanfaatkan oleh kira-kira 100,000 belia bujang menerusi program Dana Bakti Remaja.

Agihan Dana Raya melibatkan kategori keluarga miskin yang akan menerima RM400. Empat lagi kategori iaitu warga emas, Orang Kelainan Upaya, orang bujang berusia lebih 40 tahun dan ibu atau bapa tunggal menerima dana sebanyak RM300.

Berdasarkan rekod, pada tahun lalu kira-kira RM 70 juta diagihkan kepada 189,840 penerima Dana Hari Raya, manakala RM19 juta pula diperuntukkan untuk 93,726 penerima Dana Bakti Remaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram