SKM Sasar tubuh 600 Koperasi

By kirthiga

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu mensasarkan sebanyak 600 koperasi dapat didaftarkan di seluruh negeri sehingga akhir tahun ini.

Pengarahnya Mahmud Kadar berkata, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 40 koperasi lagi akan ditubuhkan untuk tahun ini.

Katanya, secara puratanya, memang kita menjangkakan penubuhan antara 35 hingga 40 koperasi baru setiap tahun.

“Bagaimanapun, dalam hal ini (penubuhan koperasi), kita kena lebih realistik sebab koperasi melibatkan perniagaan, projek yang diaudit, mesyuarat agung dan sebagainya. Jadi, ada yang berjaya dan ada yang masih belum berjaya.

“Pun begitu, sebagai sebuah suruhanjaya yang memang khusus untuk hal ehwal koperasi, SKM bukan sahaja bertanggungjawab terhadap penubuhan sesebuah koperasi tetapi turut membimbing mereka terutamanya yang baru berdaftar,” katanya kepada pemberita pada Sidang Media SKM di Pejabat SKM negeri, semalam.

Katanya, sebanyak 50 daripada 566 koperasi di negeri ini bakal dibubarkan berikutan tidak aktif selain tidak beroperasi mencapai tahap piawaian yang ditetapkan.

“Koperasi yang didapati tidak menjalankan sebarang aktiviti akan dibantu dari segi nasihat atau SKM menganjurkan seminar dan kursus hala tuju kepada ahli jawatankuasa koperasi yang lemah.

“Sekiranya sesebuah koperasi itu tidak menunjukkan sebarang potensi untuk maju selain jumlah keahliannya semakin berkurang, SKM akan menasihatkan koperasi itu supaya dibubarkan,” katanya.

Mahmud berkata, pihaknya akan membantu dengan sebaik mungkin koperasi yang lemah bagi memastikan mereka maju dan mempunyai matlamat yang khusus untuk berjaya.

“Kita memang tidak gemar membubarkan koperasi namun sekiranya ia tidak mempunyai potensi untuk maju, SKM terpaksa berbuat demikian.

“Sejak 2010 hingga 2013 sebanyak lima koperasi yang sudah dibubarkan dan dijangka pada tahun ini tiga hingga empat koperasi berdepan dengan arahan penutupan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram