SST Hanya Naik Sekali Sejak 1972, GST Tidak Mungkin Naik Mendadak

By kirthiga

Kementerian Kewangan menjangka kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak mungkin meningkat mendadak berdasarkan trend cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang hanya naik sekali sejak dilaksanakan pada 1972.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sebarang kenaikan GST pada masa akan datang juga perlu terlebih dahulu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata statistik daripada 160 negara yang ketika ini melaksanakan GST, kebanyakannya menaikkan pada cukai tersebut selepas berpuluh-puluh tahun.

“Negara lain nak sampai 20 peratus GST mengambil masa berpuluh tahun, negara kita untuk SST hanya naik sekali, jadi GST pula akan naik begitu sahaja.

“Malah, rakyat membayar cukai SST sejak tahun 1972 tanpa sedar, dan kini kita mahu menyedarkan rakyat bahawa GST lebih baik,” katanya semasa menyampaikan taklimat GST pada pertemuan bersama anggota Umno bahagian Kemaman, Terengganu di sini, hari ini.

Mengakui akan berlaku kenaikan harga barang apabila GST dilaksanakan pada April 2015 dengan kadar enam peratus, namun Ahmad Maslan berkata harga barang tersebut akan mula menurun selepas beberapa tahun dan kekal rendah untuk tempoh yang lama.

Ini kerana katanya, berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) dari banyak negara, antaranya Kanada dan Australia, yang menunjukkan pada permulaan menghadapi kenaikan harga barang pada tahun pelaksanaan GST, tetapi mula menurun selepas itu.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata model GST yang dilaksanakan Malaysia berbeza dengan Singapura atau negara lain kerana mengambil kira kebajikan rakyat dan kepentingan ekonomi negara.

“Contohnya, peniaga di bawah ‘Threshold’ RM500,000 tidak perlu berdaftar untuk GST, selain pengecualian untuk jual beli rumah dan aktiviti pelancongan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sudah mula menghantar pegawai ke luar negara untuk mengkaji mengenai GST sejak 1983, malah cukai itu juga pernah dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram