Sukan Sebagai Inisiatif Daftar Pengundi

By [email protected] Noraini Jusoh

Oleh: Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN,12 Julai- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diseru menjadikan program sukan sebagai inisiatif untuk mendaftar pengundi sebagai pemilih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia DUN Rantau Abang, Abdullah Fahim Hussin berkata, penganjuran sukan di komuniti masing-masing sewajarnya dijadikan platform untuk mendaftar mereka yang layak mengundi dan masih belum berbuat demikian.

"Mereka kadang-kadang menganggap rumit kerana terpaksa ke pejabat pos untuk mendaftar, jadi kita bantu untuk memudahkannya," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Jersi kepada 28 MPKK di DUN Rantau Abang di Pusat Komuniti DUN di sini, baru-baru ini.

Majlis penyerahan tersebut disampaikan oleh ADUN Rantau Abang, Alias Harun.

Sementara itu, Alias berharap kerjasama yang erat antara orang muda dan orang tua hendaklah sentiasa terjalin.

"Saling hormat menghormati perlu ada dan jika ada rasa tidak puas hati, bawa berbincang, jangan dengar sebelah pihak," katanya ketika berucap di majlis itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram