Sukma 2014 :Libasan Emas Terengganu

By Anita

Pasukan sepak takraw Terengganu berjaya mempertahankan status juara empat kali berturut-turut dalam acara antara regu tiga pemain berpasukan apabila meriah pingat emas pada pentas final bertemu Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan 2020, Kompleks Sukan Negeri, Kangar dekat sini, malam kelmarin.

Begitupun dalam aksi final itu skuad sepak takraw Terengganu yang diketuai, Muhammad Azwan Muhrim, Mohamad Irfan Mohamad Rabi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak terpaksa bekerja keras apabila ditentang sengit pasukan Negeri Sembilan sehingga membawa kepada set penentuan.

Terengganu yang bermula garang pada set pembukaan menundukkan skuad Negeri Sembilan dengan kiraan mata, 21-14.

Namun pasukan lawan yang dibarisi Hairul Hazizi Haidzir, Mohd  Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Mohd Syazreen Qamar Salehan  bangkit pada  set kedua dengan mata 21-17.

Pada set penentuan itu nasib menyebelahi skuad Terengganu apabila melakarkan kemenangan 23-21 sekaligus menyekat hajat Negeri Sembilan merampas takhta yang dimiliki sejak 2008 itu.

Kapten pasukannya, Muhammad Azwan mengakui saingan yang diberikan trio Negeri Sembilan itu amat sengit, namun dengan  persefahaman dan komitmen tinggi rakan sepasukan mereka berjaya mengatasinya sekaligus mengekalkan pingat emas buat kontinjen Terengganu.

Menurutnya, latihan hampir sebulan di Thailand sebelum ini banyak membantu pasukannya terutamanya ketika berdepan dengan tekanan ketika mengharungi set penentuan.

“Alhamdulilah dengan dorongan semangat dari penyokong yang hadir pada malam ini (kelmarin)  kami berjaya meraih pingat emas sekali lagi pada Sukma kali ini,” katanya .

Pada acara itu, pingat perak menjadi milik Negeri Sembilan manakala gangsa dikongsi bersama pasukan dari Wilayah Persekutuan dan Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram