Sukma 2014 : Pencak Silat, Boling Padang Di Momentum Terbaik

By Anita

Skuad pencak silat  dan boling  Terengganu kini berada di momentum terbaik untuk menghadiahkan emas sekali gus mencapai sasaran pingat dalam acara masing-masing, di pentas Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014, hari ini.

Ketika ini  enam pesilat kategori seni berjaya melangkah ke pusingan akhir manakala sembilan lagi atletnya menempah tiket ke pusingan separuh akhir dalam kategori silat olahraga.

Pengurus pasukannya, Nashruddin Hamzah menyifatkan peluang untuk memperbaiki pencapaian dua tahun lalu yang dimiliki Terengganu Sukma ketika ini tidak harus dilepaskan dan mengharapkan atletnya meneruskan perjuangan dengan semangat ‘Terengganu Hanelang’ yang tinggi.

”Kita mengharapkan empat emas dari acara silat, tiga dari silat olahraga dan satu dari silat seni. Kemaraan enam atlet dalam kategori seni makin menambahkan keyakinan kami untuk mencapai sasaran” katanya.

Manakala, atlet boling padang Terengganu turut berada dikedudukan terbaik apabila mencatatkan beberapa kemenangan dalam aksi saingan liga yang mula membuka tirainya sejak kelmarin dengan memenangi lima daripada lapan perlawanan.

Pengurus pasukannya, Ahmad Hisham Hassan mengharapkan atletnya terus mengekalkan prestasi dalam setiap saingan dan berjaya melepasi saingan pusingan awal untuk melangkah ke aksi separuh akhir nanti.

“Hari ini (semalam) kita memenangi tiga lagi saingan menerusi empat berpasukan wanita lelaki dan wanita serta individu lelaki.  Berdasarkan pretasi semasa pasukan ketika ini saya yakin sasaran tiga pingat emas dan masing-masing dua pingat perak serta gangsa tidak mustahil untuk dicapai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram