Sukma 2014 : Silat Terengganu Sasar Enam Emas

By Anita

Terengganu mempertaruhkan 38 pesilat termasuk 13 wanita dalam usaha meraih enam pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis, bermula Sabtu ini.

Setiausaha Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu (PSSNT) Rani Mustaffa berkata, penetapan sasaran tersebut dilihat bersesuaian kerana sebelum ini mereka merangkul lima pingat emas pada edisi Sukma 2012 di Pahang.

Malah katanya usaha membawa pulang sasaran pingat emas itu dilihat optimis kerana mereka diperkuatkan lagi dengan 10 pesilat yang pernah menyertai Sukma 2012 antaranya pemenang pingat perak Ahmad Sholahuddin Awang.

“Saya melahirkan keyakinan kerana pesilat telahpun diberi pendedahan dengan mengikuti di Thailand dan Vietnam bagi memantapkan lagi persembahan mereka,” katanya semalam, lapor Bernama.

Menurut Rani, pihaknya juga menyandarkan harapan kepada beberapa pesilat baharu yang dilihat berpotensi membawa kilauan emas kepada Terengganu kali ini.

Antara mereka ialah Mohamad Hakimi Mazlan menerusi kategori Kelas B Putera dalam acara silat olahraga dan Muhamad Tajul Mazlan Tajuddin dalam acara silat bebas.

Malah katanya seorang wirawati yang dilihat mampu membawa kilauan emas iaitu Zuraida Muda menerusi Kelas E Puteri dalam acara silat olahraga.

Beliau berkata Terengganu juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat emas dalam acara silat seni untuk acara solo bebas melalui Mohd Faiz Ngah dalam acara Tempur Ganda Putera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram