Sukma 2014 : Terengganu Terajui Kedudukan

By Anita

Terengganu memberi petanda awal akan menguasai Sukma sekali lagi apabila meraih lima pingat emas daripada enam yang ditawarkan dalam acara kanu pada hari pertama temasya kali ke-17 semalam, menerusi acara kanu.

Secara keseluruhan semalam, sebanyak 13 pingat emas ditawarkan termasuk tujuh dalam acara karate.

Kejayaan Terengganu yang hampir me­nyapu bersih emas yang dipertandingkan di Kompleks Sukan Air di Tasik Timah Tasoh, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas dalam senarai pungutan pingat.

Ini memberi petanda awal bahawa kontinjen negeri Pantai Timur itu tersebut dijangka menguasai temasya kali ini.

Lima emas kanu Terengganu hadir menerusi acara K1 1,000 meter (m) wanita dan membolot semua emas dalam kategori lelaki dan wanita K2 1000m serta K4 1000m.

Turut mencuri tumpuan pada hari pertama temasya semalam ialah atlet karate dari Pulau Pinang, Thomson Hoe yang meraih pingat emas pertama Sukma XVII Perlis 2014 selepas memenangi acara kata individu akhir.

Gelanggang karate di Kolej Matrikulasi Perlis jelas menjadi lubuk emas buat Pulau Pinang apabila keseluruhannya mereka memenangi tiga daripada tujuh emas ditawarkan.

Pasukan lain yang turut berjaya meraih emas semalam ialah Perak dengan dua emas manakala Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan masing-masing satu emas.

Hari ini pemburuan pingat akan terus berlangsung dan menawarkan 13 pingat emas menerusi tiga sukan iaitu kanu, karate dan basikal.

Tumpuan hari ini akan terarah kepada sukan karate dan kanu yang pastinya menjanjikan aksi penuh debaran buat semua pasukan bertanding.

Acara lain seperti silat, hoki, skuasy dan boling padang masih lagi dalam saingan merebut slot ke perlawanan akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram