Sukma XVII Buka Tirai, Tawar 1,265 Pingat

By Anita

Sejarah dalam arena sukan bakal tercatat di bumi Perlis apabila pemburuan pingat emas pertama Sukma XVII 2014 bermula hari ini sekali gus menambah kerancakan perjalanan temasya tersebut.

Pingat emas pertama Sukma Perlis bakal hadir menerusi sukan karate dalam acara akhir kata individu lelaki di Dewan Seri Kayangan Kolej Matrikulasi Arau.

Malah gelanggang karate yang membuka tirainya hari ini menawarkan tujuh emas menerusi acara kata dan kumite dengan pasukan Pulau Pinang menjadi pilihan utama untuk mendominasi pingat.

Selain karate, sukan kanu yang berlangsung di Kompleks Sukan Air, Tasik Timah Tasoh, Padang Besar turut menawarkan enam pingat emas dan tumpuan pastinya terarah kepada penyandang juara keseluruhan, Terengganu.

Antara acara akhir kanu yang dipertandingkan hari ini ialah K1 1000 meter (m), K2 1000m dan K4 1000m melibatkan kategori lelaki dan wanita.

Sementara itu, bagi Penge­rusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad berkata hari ini dianggap sebagai hari penting buat tuan rumah yang mahu memastikan semua pasukan dapat bertan­ding dengan selesa.

Dalam pada itu, Abdul Rahman percaya kelebihan selaku tuan rumah akan dimanfaatkan dengan baik oleh kontinjen Perlis dalam misi meraih kecemerlangan pada temasya kali ini.

“Dalam saingan Sukma lepas kontinjen Perlis tidak pernah ber­upaya meraih lebih daripada 14 pi­ngat emas namun pada penganjuran kali ini kami percaya mampu mendapat lebih lagi.

“Saya juga menjangkakan pingat emas mampu diraih daripada acara kanu dan karate esok (hari ini) kerana dua acara tersebut telah menjadi fokus kami pada penganjuran kali ini,” kata Abdul Jamil.

Perlis meletakkan sasaran 14 pingat emas pada temasya kali ini, sekali gus mahu mem­perbaiki prestasi kontinjen yang sering menduduki tangga tercorot keseluruhan Sukma.

Dalam pada itu, Terengganu yang merupakan penyandang juara keseluruhan akan terus menjadi pilihan terutama dalam saingan olahraga yang menjadi lubuk emas Sukma.

Pada Sukma XVII, sebanyak 1,265 pingat ditawarkan menerusi 395 acara akhir yang bermula hari ini hingga 3 Jun ini.

Perasmian temasya tersebut dijadualkan berlangsung pada Isnin ini di Kompleks Sukan Negeri, Kangar yang akan disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram