Syukuri Nikmat Ramadan Dalam Aman, Harmoni

By kirthiga

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengingatkan umat Islam di negarai ini agar bersyukur kerana dapat menyambut Ramadan dalam aman dan harmoni.

Beliau berkata, ketika umat Islam di negera ini meriah dan sederhana menyambut Ramadan, umat Islam di beberapa negara Islam lain ketika ini sedang menghadapi cabaran dan musibah besar termasuk ancaman keselamatan, perpaduan dan kesejahteraan.

“Adalah wajib bagi umat Islam di Malaysia sentiasa mensyukuri di atas segala nikmat kurniaan Allah yang dilimpahkan kepada rakyat di negara ini.

“Kita wajib mensyukuri nikmat itu mudah-mudahan Allah terus menggandakan nikmat kepada kita semua agar negara kita kekal aman dan makmur dan umat Islam terus hidup dalam suasana harmoni bersama masyarakat lain di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin negeri di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu petang tadi.

Hadir sama Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan kenamaan-kenamaan lain.

Ahmad Razif berkata, Ramadan disambut meriah di negara ini berkait rapat dengan suasana aman, tenteram dan makmur yang dikecapi rakyat sekian lama berikutan berkat usaha, kepimpinan, rakyat jelata dan rahmat Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram