Tawar Rumah Harga Subsidi, Melayu Kekal Di Bandar

By Anita

Kerajaan negeri tidak mempedulikan soal kos yang tinggi bagi menyediakan lebih banyak kediaman di kawasan pusat bandar raya ini dalam usaha memastikan orang Melayu terus kekal di lokasi awal mereka pada masa depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said menegaskan, kerajaan terpaksa menyusun semula beberapa penempatan bagi dijadikan tapak untuk tujuan tersebut apabila semakin banyak tanah di kawasan sekitar dijual kepada kaum lain dan pemilikan orang Melayu semakin kecil.

Katanya, ini suatu fenomena yang membimbangkan ketika bandar ini semakin pesat berkembang, justeru langkah tertentu perlu diambil agar mereka kekal dan tinggal dalam keadaan lebih selesa, selain membuka peluang melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi bandar.

“Kita beli (tapak) dengan harga yang tinggi, malah reban ayam pun kerajaan bayar dan apabila kita bangunkan pangsapuri berkenaan, kita tawarkan semula kepada penduduk dengan harga subsidi, jauh lebih rendah berbanding nilai sebenar ketika orang lain ramai yang ingin memilikinya.

“Ketika kita terus memikirkan segala yang terbaik untuk rakyat dari segi kebajikan, pembangkang terus jaja kerajaan nak usir orang Melayu dari bandar dan ramai yang percaya,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran Penyewaan Pangsapuri Ladang Gemilang I dan II di Pangsapuri Ladang Gemilang II di Ladang, Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut hadir Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Osman Muda dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram