Tekun Lulus Pinjaman RM2.98 Bilion Sejak 1994

By kirthiga

Sebanyak RM2.98 bilion pinjaman telah diluluskan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional sejak 1994, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, jumlah berkenaan melibatkan 287,755 peminjam yang terdiri daripada usahawan kecil.

“Daripada jumlah peminjam berkenaan, 61 peratus atau 172,957 orang merupakan usahawan belia yang membabitkan nilai pinjaman RM2.29 bilion.

“Mereka ini mempunyai rekod bayaran balik yang baik menyebabkan sebahagiannya kita berikan pinjaman berulang,” katanya menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak).

Abdul Khalid ingin tahu tahap kejayaan Tekun dalam membantu golongan belia dan sama ada jumlah pinjaman yang diberikan berpadanan dengan kejayaan atau tidak memenuhi sasaran.

Tajuddin berkata jumlah belia yang diberi pinjaman berulang ialah sebanyak 52,287 orang atau 65 peratus daripada sejumlah 80,647 usahawan yang layak mendapat pinjaman.

Katanya pinjaman berulang adalah satu bantuan sokongan agar usahawan belia dapat terus berdaya saing dalam menghadapi keadaan ekonomi kini.

Beliau berkata hanya terdapat lima peratus hutang lapuk daripada keseluruhan jumlah pinjaman yang diluluskan setakat ini dan Tekun sentiasa membuat susulan agar peminjam memperbaiki prestasi pembayaran balik mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram